Selasa, 26 November 2013

MuTiaRa AmaLan HariaN


Di dalam kitab Ar-Raudhah, Imam An-Nawawi rahimahullah mengatakan bahwa minum sambil berdiri hukumnya TIDAK MAKRUH.

Di dalam kitab Riyadhus-Shalihin, Imam An-Nawawi rahimahullah mengatakan hukum minum sambil berdiri adalah DIBOLEHKAN. Ada hadis yang menyebutkan bahwa Nabi shallallahu alaihi wasallam melakukannya. Meski pun demikian beliau pun menerima kesahihan hadis yang melarang minum sambil berdiri. Maka kesimpulan beliau ialah, BOLEH minum sambil berdiri, tetapi lebih utama jika duduk.


Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma ajwa pada waktu pagi maka dia tidak membahayakan baginya racun atau sihir pada hari itu sampai malamnya”. (HR. Bukhari)


Nabi saw. bersabda, "Janganlah kamu habiskan minuman dengan satu teguk seperti unta tetapi minumlah dengan dua atau tiga 
teguk. Sebutlah BISMILLAH apabila kamu hendak memulakan minuman dan pujilah ALLAH apabila kamu selesai' (HR. Tirmizi)

abi saw. bersabda, "Jika salah seorang dari kalian hendak makan, makanlah dengan tangan kanan dan apabila ingin minum, minumlah dengan tangan kanan. Sesungguhnya syaitan makan dengan tangan kirinya dan minum dengan tangan kirinya." (HR. Muslim)

Hukum menyebut usolli atau membaca lafaz niat sebelum solat adalah SUNAT di dalam Mazhab Syafi'e. 
Membaca lafaz niat di lidah boleh menolong memantapkan hati dan menolak was-was. 
Sunat bererti jika buat diberi pahala, maka eloklah kita yang bermazhab syafi`e melakukannya.

Rasulullah s.a.w bersabda, ”Sesungguhnya seseorang boleh tertahan rezekinya kerana dosa-dosa yang dilakukannya.” (HR. Ahmad, Ibnu Hibban dan Ibnu Majah)


Rasulullah saw. bersabda, “ Yang paling memberatkan mizan (timbangan) pada hari kiamat adalah akhlak yang baik.” (HR. Ahmad)

Firman Allah Ta‘ala: “Dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah
banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut
nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka
keampunan dan pahala yang besar.” (Surah Al-Ahzab: 35)

Sabda Rasulullah SAW maksudnya :"Sesungguhnya seorang Mukmin bila mengerjakan satu dosa atau kesalahan, maka setiap kesalahan dan dosa itu akan berupa titik hitam pada hatinya. Dan bila dia menyedari dosa dan kesalahan itu, lalu menyesali dirinya dan meminta ampun, hatinya menjadi bersih. Tetapi bila kesalahan dosa itu ditambahnya, maka titik hitam itu akan bertambah pula sehingga hatinya akan menjadi gelap dan hitam seluruhnya. Inilah yang dikatakan Allah: Sungguh sudah tersumbat hati mereka kerana perbuatan mereka itu." (Hadis Riwayat Al-Hakim, Tarmizi dan Nasa')

Rasulullah s.a.w bersabda, "Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali) ". (HR Al Baihaqi)


Nabi saw. bersabda, "Sesiapa mengucapkan Astaghfirullahal 'azim al lazi laa ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilaih, akan diampuni dosa-dosanya, walaupun dia pernah lari dari medan peperangan". (HR Al Hakim) 


Marah itu dari syaitan.

Imam al-Ghazali berkata: Ahli ilmu berpendapat bahawa berlakunya sifat marah itu kerana urat saraf manusia ditarik oleh syaitan. Ini bermakna orang yang suka marah bererti telah mengikat persahabatan dengan syaitan.

Orang yang selalu marah tidak menyedari bahawa syaitan telah menguasai dirinya.

Cuba lihat muka orang yang sedang marah, cantik atau hodoh ? Menakutkan tak ? Macam muka ....
 —
yg ini-------->>>








Tiada ulasan:

Catat Ulasan