Ahad, 3 November 2013

SaLam HijraH



░█▀▀▀█ █▀▀█ ░█─── █▀▀█ ░█▀▄▀█   ░█─░█ ─▀─ ──▀ ░█▀▀█ █▀▀█ █──█
─▀▀▀▄▄ █▄▄█ ░█─── █▄▄█ ░█░█░█   ░█▀▀█ ▀█▀ ──█ ░█▄▄▀ █▄▄█ █▀▀█
░█▄▄▄█ ▀──▀ ░█▄▄█ ▀──▀ ░█──░█   ░█─░█ ▀▀▀ █▄█ ░█─░█ ▀──▀ ▀──▀
♫♥♫♥. * . ♫♥♫♥. * . ♫♥♫♥. * . ♫♥♫♥. * .
♫♥ Perkiraan Tahun Islam Hijrah.. 
♫♥ Perpindahan Nabi dan Umat Islam 
♫♥ Dari Kota Mekah Ke Kota Madinah 

♫♥ Atas Keyakinan dan Iman yang Teguh 
♫♥ Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu 
♫♥ Rela Berkorban Harta dan Nyawa 
♫♥ Demi Menegakkan Islam Tercinta 

♫♥ Hijrah Itu Pengorbanan 
♫♥ Hijrah Itu Perjuangan 
♫♥ Hijrah Itu Persaudaraan 
♫♥ Hijrah Membentuk Perpaduan 

♫♥ Oleh Itu Mari Semua 
♫♥ Kita Sambut Maal Hijrah.. 
♫♥ Tingkatkan Semangat 
♫♥ Sebarkan Syiar Islam.. 
♫♥ Untuk Sepanjang Zaman.. 
♫♥ Untuk Sepanjang Zaman.. 
♫♥ DOA AKHIR TAHUN 
♫♥♫♥. * . ♫♥♫♥. * . ♫♥♫♥. * . ♫♥♫♥. * .

                                               MekNooR@KeLateGirL




Doa akhir tahun dibaca sebanyak 3 kali pada akhir waktu Asar atau 
sebelum masuk waktu maghrib, pada akhir bulan Zulhijah. Sesiapa membaca doa 
ini, berkatalah syaitan : " kesusahan bagiku dan sia-siolah pekerjaanku 
mengoda anak Adam pada setahun ini dan ALLAH binasaka aku satu saat jua." 
Dengan sebab membaca doa ini, ALLAH S.W.T. ampunkan dosanya setahun lalu. 
Terjemahan Doa tersebut adalah: 


DOA AKHIR TAHUN

"Segala puji tertentu bagi ALLAH, Tuhan yang memelihara dan mentadbir 
sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad 
S.A.W. dan keluarga serta para sahabatnya. Ya ALLAH, sesungguhnya pada 
tahun ini, aku telah melakukan larangan-laranganMU tapi aku belum 
bertaubat. Sedangkan ENGKAU tidak redha dan melupai azab-MU yang vtelah 
ditetapkan kepadaku. ENGKAU telah memerintahkan supaya aku bertaubat 
daripada kesalahan-kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini, aku mohon 
keampunan dari ENGKAU. Ampunkanlah aku dan apa yang aku lakukan tahun ini, 
yang ENGKAU redhai dan yang ENGKAU janjikan pahala. Maka aku mohonnya 
daripada ENGKAU, Ya ALLAH, YA KARIM YA ZAL JALA LIL WAL IKRAM, terimalah 
permohonanku ini dan janganlah ENGKAU hampakan harapanku terhadapMU. 
Selawat dan salam ke atas junj ungan kami Nabi Muhammad S.A.W. dan keluarga 
baginda serta para sahabatnya. Dan segala puji tertentu bagi ALLAH, Tuhan 
yang memelihara dan mentadbir sekalaian alam." 




Doa ini dibaca 3 kali selepas maghrib, pada awal Muharram. Sesiapa yang 
membaca doa ini, syaitan berkata,: " Telah aman anak Adam, amanlah anak 
Adam ini daripada godaanku pada tahun ini." Kerana ALLAH S.W.T. telah 
mewakilkan dua malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan laknaktullah. 
Terjemahan Doa tersebut adalah:


DOA AWAL TAHUN 


"Segala puji tertentu bagi ALLAH, Tuhan yang memelihara dan mentadbir 
sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W dan 
keluarga baginda serta para sahabatnya. Ya ALLAH, ENGKAULAH yang kekal 
abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMU yang MAHA AGUNG dan 
KEMURAHANMU yang melimpah. Sesungguhnya pada tahun ini, aku mohon ENGKAU 
perlindungan daripada syaitan yang direjam, kuncu-kuncunya, 
tentera-tenteranya dan penolong-penolongnya dan aku mohon perlindungan 
daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan 
melalaikan aku dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan 
diri kepada ENGKAU. Selawat dan salam ke atas junj ungan kami Nabi Muhammad 
S.A.W. dan keluarga baginda serta para sahabatnya. Dan segala puji tertentu 
bagi ALLAH, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalaian alam."






Tiada ulasan:

Catat Ulasan